Mangga | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mangga merupakan buah kegemaran penduduk Malaysia zaman-berzaman kerana rasanya yang masam manis dan isinya yang berjus. Mangga sebenarnya berasal dari India Timur. Sebab itulah perkataan “mango” berasal dari perkataan Tamil “mangkay”. Di Malaysia, mangga banyak ditanam di Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Kelantan. Terdapat 216 klon mangga yang diketahui, tetapi yang lebih terkenal ialah “MA224” atau “chokanan” yang berbentuk ginjal. Mangga “Chokanan” ini begitu beraroma dan mempunyai isi bewarna kuning oren apabila masak. Pada hari ini, mangga juga digunakan untuk membuat jus, kordial, sos buah-buahan, gula-gula, jeruk, jem dan jeli. Namun ia lebih digemari dimakan segar berbanding dengan kebanyak buah-buahan lain. Buah mangga boleh membantu dalam mengembalikan kecergasan badan. Ia juga mempunyai paras Vitamin C yang tinggi. Varieti Terdapat berbagai varieti yang disyorkan untuk penanaman komersil: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permintaan mangga di pasaran tempatan dijangka akan bertambah. Penggunaan mangga oleh isi rumah juga adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan oleh institusi dan kilang. Mangga adalah lebih popular untuk kegunaan segar. Permintaan yang meningkat ini disebabkan adanya kesan daripada promosi galakan buah-buahan tempatan di samping harga tawaran yang berpatutan. Mangga (kebanyakannya jenis Chok Anan) dieksport ke Singapura, Brunei dan Hong Kong. Pasaran lain yang berpotensi untuk dikembangkan ialah pasaran Amerika Syarikat, Belanda, United Arab Emirates, China (termasuk Hong Kong), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Penggunaan mangga untuk pasaran antarabangsa adalah tinggi terutamanya di Amerika Syarikat, negara-negara EU dan Jepun. Sementara negara pengeluar utama adalah India, China dan Mexico. Manakala negara pengeksport utama adalah Mexico, Brazil, Pakistan dan Filipina. Pasaran eksport adalah berpotensi untuk dimajukan sekiranya ciri-ciri kualiti buah dapat dipertingkatkan, kos hantaran dapat dikurangkan dengan adanya teknologi yang dapat memanjangkan jangka hayat mangga. |
Selamat Datang ke Blog Rashid's Farm.
Friday, September 24, 2010
Mangga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment