Selamat Datang ke Blog Rashid's Farm.

Friday, September 24, 2010

Baja kompos sisa makanan

Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini.

Antara bahan-bahan membuat baja kompos

  • Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
  • Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
  • Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
  • Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.
  • Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
  • Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
  • Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
  • kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)
Kaedah Membuatnya:
  1. Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan
  2. Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
  3. mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
  4. Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
  5. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi
  6. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
  7. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.

Mangga

Mangga
 
Mangga merupakan buah kegemaran penduduk Malaysia zaman-berzaman kerana rasanya yang masam manis dan isinya yang berjus. Mangga sebenarnya berasal dari India Timur. Sebab itulah perkataan “mango” berasal dari perkataan Tamil “mangkay”. Di Malaysia, mangga banyak ditanam di Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Kelantan.

Terdapat 216 klon mangga yang diketahui, tetapi yang lebih terkenal ialah “MA224” atau “chokanan” yang berbentuk ginjal. Mangga “Chokanan” ini begitu beraroma dan mempunyai isi bewarna kuning oren apabila masak.

Pada hari ini, mangga juga digunakan untuk membuat jus, kordial, sos buah-buahan, gula-gula, jeruk, jem dan jeli. Namun ia lebih digemari dimakan segar berbanding dengan kebanyak buah-buahan lain.

Buah mangga boleh membantu dalam mengembalikan kecergasan badan. Ia juga mempunyai paras Vitamin C yang tinggi.

Varieti

Terdapat berbagai varieti yang disyorkan untuk penanaman komersil:
 
  Bentuk Berat Warna TSS(%) Tekstur & Rasa

Chokanan
Oblong (segi empat memanjang) 250-350g Kulit kuning keemas-emasan dan isi oren kekuning-kuningan 16-17% Pejal, sedikit berserabut, manis dan beraroma

Harumanis
Ovat oblong (segi empat memanjang dan membulat) 350-550g Kulit hijau gelap dengan sedikit warna kuning pada bahu buah dan isinya warna oren kuning 16-17% Halus, manis, beraroma

Sala
Oblong (segi empat memanjang) 450-600g Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning 10-12% Sedikit berserabut, kurang manis

Mas Muda
Ovat oblong (segi empat memanjang dan membulat) 400-500g Kulit dan isi kuning 14 -15% Pejal, halus, manis, sedikit beraroma

Siam Panjang
Oblong dengan hujung membengkok dan menirus 300-500g Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning 13 -15% Halus, manis, sedikit beraroma

Maha 65
Oblong (segi empat memanjang) 500-600g Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning pucat 14 -15% Halus, manis, sedikit beraroma
 
Permintaan mangga di pasaran tempatan dijangka akan bertambah. Penggunaan mangga oleh isi rumah juga adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan oleh institusi dan kilang. Mangga adalah lebih popular untuk kegunaan segar. Permintaan yang meningkat ini disebabkan adanya kesan daripada promosi galakan buah-buahan tempatan di samping harga tawaran yang berpatutan.

Mangga (kebanyakannya jenis Chok Anan) dieksport ke Singapura, Brunei dan Hong Kong. Pasaran lain yang berpotensi untuk dikembangkan ialah pasaran Amerika Syarikat, Belanda, United Arab Emirates, China (termasuk Hong Kong), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Penggunaan mangga untuk pasaran antarabangsa adalah tinggi terutamanya di Amerika Syarikat, negara-negara EU dan Jepun. Sementara negara pengeluar utama adalah India, China dan Mexico. Manakala negara pengeksport utama adalah Mexico, Brazil, Pakistan dan Filipina.

Pasaran eksport adalah berpotensi untuk dimajukan sekiranya ciri-ciri kualiti buah dapat dipertingkatkan, kos hantaran dapat dikurangkan dengan adanya teknologi yang dapat memanjangkan jangka hayat mangga.

Saturday, September 18, 2010

Buah dokong

                                                    Pokok dokong sedang berbuah.

Salam Perkenalan

Selamat Datang ke Blog saya. Blog ini dibina untuk memperkenalkan ladang tanaman saya. Saya mengusahakan tanaman mempelam, durian, dokong, rambutan, manggis dan beberapa jenis sayur-sayuran.